About
Ustaz Dr. Zaharuddin abd rahman telah dilahirkan di Muar Johor, merupakan seorang usahawan dan tokoh kewangan Islam di malaysia. Pengasas kumpulan syarikat Elzar Group yang merangkumi syariakt seperti Elzar Shariah Solution, Elzar Resources, Shariah Screener, Moovby, Mydental Care dan Myclaaz.com. Mendapat ijazah sarjana muda usuluddin dari universiti malaya, ijazah sarjana syariah dari universiti yarmouk, jordan dan ijazah doktor falsafah dari university of wales, uk. Beliau juga mendapat ijazah ilmiah daripada prof. Dr. Syeikh yusuf al-qaradawi. Kini beliau merupakan profesor adjung di universiti selangor. Selain daripada itu, Dr. Zaharuddin merupakan penasihat dan ahli majlis mesyuarat kepada beberapa institusi kewangan terkemuka selain merupakan penasihat untuk suruhanjaya sekuriti Malaysia, kumpulan simpanan wang pekerja bagi simpanan shariah, EXIM Bank, PUNB dan lain-lain. Dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang penulis yang profilik yang mana buku-buku diterbitkan oleh karangkraf, telaga biru, pts media pro. Beliau juga banyak menulis di media-media massa. Sering menjadi jemputan bagi membincangkan isu-isu semasa dan berkaitan muamalat dalam rtm, media prima, tv alhijrah, astro dan lain-lain. Kepakaran Dr. Zaharuddin adalah dalam bidang fiqh muamalat, perbankan & kewangan islam, fiqh solat, fiqh pentadbiran & pengurusan (siyasah), motivasi diri, fiqh semasa, maqasid syari’ah dan usul fiqh.