Winamp Logo
Hey, Jom Dengar! Cover
Hey, Jom Dengar! Profile

Hey, Jom Dengar!

Malay, Humanities, 1 season, 7 episodes, 6 hours, 3 minutes
About
"Hey, Jom Dengar!" adalah perbualan santai mengenai topik-topik dalam lapangan kemanusiaan. Podcast inisiatif Harmoni Malaysia ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai isu kemanusiaan sama ada yang terlihat sebagai isu kecil apatah lagi besar. Perbualan di antara aktivis HARMONI ini akan membawakan lebih ramai lagi tetamu jemputan pada masa akan datang.
Episode Artwork

Sheikh Jarrah, Al-Aqsa dan Gaza

Episod 7 kali ini membawakan kepada anda sebuah topik utama yang menjadi perhatian dunia pada hari ini iaitu berkenaan serangan Zionis Israel ke atas rakyat Palestin atau disebut oleh Briged Al-Qassam sebagai Perang Pedang Al-Quds. Apakah sebab utama serangan Zionis Israel di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini? Adakah Yahudi di Israel mempunyai hak ke atas Masjid Al-Aqsa? Mengapa OIC dan negara-negara Islam membisu dalam isu ini? Adakah respon masyarakat dunia tidak memberikan kesan? Bersama dengan kami di dalam episod ini adalah saudara Khalid Jimat yang merupakan Pengurus Penyelidik dan Pendidikan di MyCARE.
5/14/20211 hour, 7 minutes, 20 seconds
Episode Artwork

Kemanusiaan Dalam Aktivisme Mahasiswa

Episod 6 podcast Hey, Jom Dengar! kali ini membawakan kepada anda sebuah topik yang sangat dekat dengan aktivisme mahasiswa, iaitu kepimpinan mahasiswa di dalam relung kemanusiaan dan kemasyarakatan! Bagaimana seharusnya sikap mahasiswa dalam mengendalikan isu atau projek kemasyarakatan? Apakah nilai utama yang perlu ada di dalam kerja berorganisasi?  Dengarkan kupasan lanjut mengenai topik ini bersama kami dan tetamu jemputan, saudara Usaid Asmadi, mantan Presiden Belia HARMONI Malaysia sesi 2018/2020.
3/21/202153 minutes, 58 seconds
Episode Artwork

I Have Mental Illness, And...

Kali ini podcast Hey, Jom Dengar! bawakan kepada anda sebuah dimensi yang berbeza di dalam skop kemanusiaan iaitu topik berkenaan dengan kesihatan mental. Adakah mental illness dan mental health itu sama? Adakah memiliki mental illness menghalang kita daripada melakukan aktiviti sukarelawan? Bagaimana kita boleh menjadi penyokong dan pendengar yang baik untuk rakan-rakan kita? Bersama dengan kami di dalam episod 6 ini ialah saudari Fatiha Shuib, seorang pejuang penyakit mental, yang juga merupakan pengasas kepada projek kemasyarakatan dan kemanusiaan, 1 Moment For Them! 
3/12/202158 minutes
Episode Artwork

Normalisasi Israel: What's Next?

Episod ke-empat podcast 'Hey, Jom Dengar!' kali ini masih membincangkan topik normalisasi Israel. Apakah kesan daripada fenomena ini terhadap kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Iran dan China? Bagaimana pula implikasinya terhadap rakyat Palestin di tanah Palestin, tanah haram Israel, juga pelarian-pelarian Palestin di serata dunia? Dengarkan diskusi santai kami bersama tetamu jemputan khas, Brother Khalid Jimat, Pegurus Penyelidik & Pendidikan MyCARE. Ilmiah tetapi santai dengan 'Hey, Jom Dengar!'
2/26/202144 minutes, 52 seconds
Episode Artwork

Normalisasi Israel: Who's Next?

Ogos 2020 yang lalu kita digemparkan dengan berita penjalinan hubungan diplomatik antara negara arab UAE dan Israel. Kali pertama dan terakhir hubungan diplomatik termeterai antara negara Arab dan Israel adalah pada 1978 (Mesir-Israel) dan 1994 (Jordan-Israel). Sejak daripada itu, terdapat beberapa negara Arab lain mula mengikuti langkah UAE dalam mewujudkan hubungan normalisasi bersama Israel. Apa itu normalisasi? Adakah normalisasi dibenarkan di sisi syarak? Bagaimana dan kenapa negara Arab mula bertindak berdamai dengan Israel. Jom ikuti sembang santai "Hey, Jom Dengar!".
1/1/20211 hour, 4 minutes, 17 seconds
Episode Artwork

Kita Saudara

Episod kedua podcast "Hey, Jom Dengar!" ini membawakan penampilan khas, penerima anugerah Tokoh Sukarelawan Nasional 2020 oleh Kementerian Belia & Sukan, Saudara Teo Ann Siang. Dalam episod ini, Saudara Ann Siang berkongsi bagaimana beliau mula melangkah ke dalam dunia aktivisme, apakah artinya menjadi seorang aktivis kemanusiaan dan pandangan beliau berkenaan sokongan kerajaan terhadap isu kemanusiaan dan kerja-kerja kebajikan di Malaysia. Jom, dengarkan bersama!
12/11/202047 minutes, 12 seconds
Episode Artwork

29 November — Ada Apa Dengan Hari Ini?

Episod pertama "Hey, Jom Dengar!" ini membawakan tiga aktivis HARMONI: Dayana, Ibrahim dan Nawal membicarakan secara santai tentang signifikasi tarikh 29 November yang dipilih sebagai Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin. Bagaimana boleh terwujudnya hari ini? Mengapa tarikh ini yang dipilih? Jom, dengarkan!
12/1/202028 minutes, 5 seconds